


A'salamualaikum,
Hasil penyelidikan rintis yang dijalankan penyelidik Universiti Putra Malaysia (2007), satu usaha telah dilaksanakan sebagai salah satu daripada kaedah penambahbaikkan elemen keselamatan jalan raya.
Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) Di Peringkat Sekolah Rendah Di Malaysia.
Perlaksanaan : Berperingkat mulai 2008 bermula dengan tahun 1 (2008), tahun 2 dan 4 (2009) dan Tahun 3,5 & 6( 2010)
Kaedah : 30 minit seminggu sebagai sisipan dalam matapelajaran Bahasa Melayu. *tanpa mengenepikan keutamaan pengajaran bahasa itu sendiri. Secara mudahnya, Elemen Keselmatan jalan raya dijadikan alat bantu/ bahan sokongan pengajaran bahasa melayu.
Penyelidikan Keberkesanan : Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, UPM dilantik untuk mengkaji dari sudut keberkesanan PKJR.
Komen peribadi:
Satu Program yang tiada sangsinya memberikan kebaikan dari sudut Keselamatan jalan raya. Jika berpandangan jauh, anak-anak inilah yang bakal menjadi pemandu dimasa akan datang. Insya'allah langkah ini mampu memberikan kesan. "melentur buluh biarlah dari rebungnya.."
Wajar diteruskan.. Cuma.. untuk penambahbaikan, cadangan dari hamba yang tak sepandai mana:
1) 30 minit sisipan BM : Ini bermakna pengajaran dan pembelajaran adalah secara tidak langsung sahaja. Wajarnya, memanglah lebih elok ada dari tiada langsung, namun jika dapat difikirkan kaedah secara langsung lebih baik...
2) Perlaksanaan berterusan: Berdasarkan sumber yang boleh dipercayai, perlaksaan program ini dijadualkan antara 2008 hingga 2013. Harap dapat diteruskan.. malah mungkin jua ke peringkat Sekolah Menengah..
3) Pengaruh persekitaran : Harap dunia persekitaran anak-anak ini tidak diganggu gugat oleh persekitarannya. Pengguna dewasa yang tegar! Ibubapa yang tidak menjadi contoh! Tingkahlaku semasa Pengguna Jalan Raya... Jangan RACUNI PEMIKIRAN anak-anak ini.
USAHA MURNI YANG WAJAR DIPUJI!! Pelaburan untuk Pulangan dimasa akan datang!
Maklumat Lanjut : http://www.pkjr.org.my/
So any comment? mana tau ada yang melihat dari sudut berbeza.... :) .. Learning Rules : No Such Stupid Idea..
-SuaRa JEmari-
patutnya yg dewasa yg kena saman tu pun kena hadiri kursus sekuran2nya 40 jam..baru ramai malas nak buat kesalahan..=)
ReplyDelete