Tuesday, January 18, 2011

MENDALAMI DILEMA PENGGUNA MOTORSIKAL DIMALAYSIA..

" 60-70 % PENUNGGANG@PEMBONCENG MAUT DIJALAN RAYA SETAHUN"




KELEBIHAN bermotosikal:

  • TIDAK SEMUA MAMPU MEMILIKI KERETA.
  • KENDERAAN AWAM? CUKUP EFISIEN VS MOTOSIKAL? UMUMNYA, SECARA PURATA KOS MENUNGGANG MOTOSIKAL SEMINGGU ADALAH RM 6.00 (TANPA MENGIRA SEWA BULANAN MOTOSIKAL). PURATA TEMPOH KE TEMPAT KERJA 12-15 MINIT.. TIADA TOL.. KURANG KESESAKKAN LALULINTAS... TIADA BAYARAN PARKIR..

KEKURANGAN bermotosikal:

  • SUDAH TENTUNYA, 60-70% STATISTIK MAUT DI JALAN RAYA ADALAH PENUNGGANG@PEMBONCENG MOTOSIKAL
  • MEMILIH MOTOSIKAL UMPAMA MENINGKATKAN RISIKO TERLIBAT@MAUT NAHAS DI JALAN RAYA.

"Q&A: WAJARKAH ?"

  • Bermotosikal di laluan kecemasan? Jawapan : Tak Boleh? Realitinya, kalau diperhatikan dimana-mana jalan raya, penguna motosikal terpaksa berada disudut paling kiri jalan! Bagai tidak diiktiraf oleh kenderaan lain (kereta,van,lori,bas)! bukankah seHARUSnya KONGSI LALUAN! Contoh: Bagi pemandu kereta, ketika anda sedang memandu, ada motorsikal dihadapan anda dan anda ingin memotong. Apa tindakan anda? HON! HIMPIT!... apatah lagi apabila berada di lorong tunggal dengan garisan "double line".. Se-eloknya potonglah sepertimana anda memotong kereta... tertib.. Kasihan Motosikal yang sentiasa tertindas dijalan raya..
  • Lorong KHAS Motosikal? Jawapan : AMAT WAJAR... jika Keadaan lorong (Lampu, Turapan, Lopak air, Taburan Paku) sentiasa dipantau demi menjamin keselamatan..! Kebiasaanya, itulah antara alasan mengapa tidak mahu menggunakan lorong khas motosikal. TETAPI, bagi yang memberikan alasan lorong motosikal hanya melambatkan perjalanan.. Inilah SIKAP! Sudah ada peluang berjimat duit.. Jimat Masa.. tetapi tamak NAK JIMAT LAGI dan LAGI dengan menggunakan kelajuan... Akhirnya???
  • Tidak Menggunakan TOPI KELEDAR yang berkualiti? Jawapan : Amat Tak Wajar.. !! Kemampuan memiliki TOPI KELEDAR yang selamat(SIRIM) seharusnya tiada pertikaian.. MOTORSIKAL RM3000 boleh beli.. kenapa tidak TOPI KELEDAR yang pada kada RM50-70 sudah boleh dimiliki.. "Lembu boleh beli, kenapa pula talinya susah nak beli.." berdasarkan statistik, punca utama kematian adalah kecederaan dibahagian kepala.


TIPS-TIPS Bermotosikal :

Gunakanlah TOPI KELEDAR (Yang Berkualiti dan dipakai dengan betul).

Pakailah Pakaian Berwarna Terang.



Patuhilah Kelajuan... Awasi Jarak Kenderaan.. Elakkan Mencelah-celah... Patuhi Lampu Isyarat... elakkan menunggang di Cuaca yang tidak menggalakkan pemanduan (Hujan Lebat, Kabus, Gelap) ...



Harapan:


* Usaha Meningkatkan lagi kualiti pengangkutan awam dengan kos yang rendah mampu di capai bagi menggalakan penggunaan pengangkutan awam berbanding Motorsikal.

* Semua pemandu kenderaan selain Motosikal mampu memahami Dilema Bermotosikal... Jadi KONGSILAH LALUAN... Motosikal antara yang sering dan mudah tertindas...

*Untuk Penunggang MOTOSIKAL ..


"Kemalangan Memang Tidak Berbau.. Tetapi NAHAS boleh dielakkan.. kerana NAHAS jangan dicari... Tungganglah dengan Selamat"



PENGHARGAAN :

http://drmoto.com.my

http://www.ondscene.my


No comments:

Post a Comment